Isnin, 15 Jun 2009

Sejarah PSS

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Saint Aidan pada asalnya merupakan bilik simpanan alat bantuan mengajar untuk guru-guru sekolah ini.

Memandangkan perkembangan pendidikan yang begitu memaksa dalam penggunaan ABM, maka Majlis Guru Besar Zon Bahau telah sebulat suara menjadikan PSS SKSA sebagai Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang dilengkapi dengan pelbagai alatan kemudahan mengajar dan belajar.

Pada tahun 1990, PKG telah berpindah ke Sek. Keb. Bandar Baru Serting. Bermula dari tarikh itu maka PSS SKSA telah berdikari membentuk organisasi sendiri dalam membina semula sebuah PSS yang lengkap.