Isnin, 15 Jun 2009

PROGRAM PSS

LALUAN IQRA'

Pada setiap pagi 10 minit sebelum waktu perhimpunan bermula, murid-murid akan membaca di dataran perhimpunan. Murid-murid akan mengambil bahan bacaan dari bakul buku yang disediakan.

Murid-murid akan duduk membaca bahan bacaan masing-masing secara individu, berpasangan atau di dalam kumpulan kecil.

Apabila loceng berbunyi, murid-murid akan meletakkan semula bahan bacaan di dalam bakul. Murid-murid terus berbaris untuk memulakan perhimpunan.


BULAN PSS

Pada setiap bulan Julai, pihak sekolah akan menjalankan satu program Pusat Sumber Sekolah iaitu Bulan PSS. Program Bulan PSS ini melibatkan seluruh warga sekolah termasuklah pihak pengurusan, para guru, murid-murid, dan staff sokongan .

Melalui program ini, pelbagai aktiviti dijalankan seperti aktiviti pertandingan panatia, persembahan murid-murid, program radio sekolah dan sebagainya.